SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
Konsep
SSPN-i Plus menggunapakai konsep:
- Simpanan secara komitmen bulanan
- Jumlah simpanan dan sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah yang dimiliki oleh PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful.
Keistimewaan
Berikut merupakan antara keistimewaan SSPN-i Plus yang agak menarik:
- Patuh syariah
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 12,000.00 setahun
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan bergantung kepada pilihan pencarum
- Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal (kemalangan) sehingga RM 1,000,000.00 (sejuta ringgit)
- Tidak perlu laporan pemeriksaan kesihatan. Apa jua keadaan kesihatan pencarum semasa mendaftar adalah diterima
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
- Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
- Simpanan 100% dijamin oleh Kerajaan Malaysia
![]() |
Keistimewaan SSPN-i Plus |
![]() |
Keistimewaan SSPN-Plus v2 |
Perlepasan Cukai Pendapatan
Semasa menghantar laporan pendapatan dan cukai tahunan kepada LHDN, kebiasaannya melalui e-filing:
- Di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM 6,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa
- Di bawah Insuran Nyawa dan KWSP, melalui SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM 6,000
- Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat
Kadar Dividen
- Kadar dividen adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada aliran tunai dan prestasi PTPTN
- Walaubagaimanapun, dividen dianggarkan sebanyak lebih kurang 4% berdasarkan purata dividen yang diberikan tahun-tahun yang lepas
- Kadar dividen adalah berkonsepkan kompaun di mana faedah keuntungan yang dikira adalah berdasarkan jumlah terkumpul simpanan. Ia adalah sama dengan konsep ASB dan Tabung Haji
- Bagi mereka yang baru belajar, faedah kompaun atau dalam bahasa Inggeris ialah Compounded Interest adalah salah satu benda yang ajaib di dunia. Ada yang melabelkan Compounded Interest sebagai benda yang ke-8 terajaib di dunia. Boleh google 'eighth wonder of the world compound interest'
- Bagi mereka yang ingin mempelajari pasal keajaiban Compounded Interest, boleh klik di sini
Patuh Syariah
- Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan
- Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru
- Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
Kelebihan Lain
- Kemudahan yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus adalah berkonsepkan 'hassle-free' dimana pencarum tidak perlu tertekan dan tiada paksaan langsung kerana pelan yang disediakan membolehkan pencarum memilih sendiri bermula dari hanya RM 1 sahaja sehari (sebulan RM 30)
- Ini juga adalah inisiatif kerajaan untuk menggalakan amalan menabung dikalangan rakyat untuk kegunaan masa depan. Dengan kata lain, SSPN-i Plus boleh mendisiplinkan simpanan secara sistematik
- Sekiranya seseorang sudah pun mempunyai insurans sendiri mahupun pelbagai tabungan lain seperti ASB, pelaburan, hartanah, Tabung Haji, dan sebagainya, mereka juga digalakkan untuk menyimpan melalui SSPN-i Plus untuk mengkhususkan simpanan kepada anak-anak mereka
- Disamping itu, mereka juga akan dilindungi dengan takaful daripada sebarang musibah yang berkemungkinan menimpa seperti kematian mengejut (kemalangan, heart attack), hilang upaya kekal dan juga penyakit kritikal terutamanya mereka yang telah mencecah umur 40-an dan ke atas
- Begitu juga untuk pasangan yang baru saja mendapat anak. Permulaan yang lebih awal adalah lebih baik kerana dividen adalah berkonsepkan kompaun.